Sesi taklimat penerangan pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)

29 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

28 Disember 2023, Khamis – Pihak MCMC telah bersetuju untuk membenarkan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menggunakan PEDi sebagai salah satu lokasi kaunter pendaftaran dan pengemaskinian data individu rakyat Malaysia menerusi portal Pangkalan Data Utama (PADU). Majlis pelancaran dan Go Live PADU di peringkat Nasional akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Januari 2024.

Bagi memastikan pelaksanaan PADU di PEDi berjalan lancar, pihak MCMC telah menjemput semua Petugas PEDi ke Sesi Taklimat Penerangan Pelaksanaan PADU di PEDi yang akan dikendalikan oleh pihak DOSM selaku Pasukan Kerja PADU. Taklimat ini berlangsung secara dalam talian Microsoft Team Meeting yang bermula pada jam 3:30 petang sehingga jam 5:30 petang.

Berikut adalah peranan PEDi dalam pelaksanaan PADU:

1. Berfungsi sebagai lokasi dan tempat strategik sebagai saluran kepada rakyat untuk mengemaskini maklumat PADU.
2. Permudahcara/One Stop Center kepada rakyat setempat untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat PADU secara Online.
3. Bersama-sama dengan DOSM Negeri dalam gerak kerja perlaksanaan PADU diperingkat lapangan bagi PEDi yang terpilih untuk memastikan rakyat dapat mengemaskini maklumat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali